Special Article: Bagaimana Bersedia Menjadi Fulltime Trader.

JANGAN LUPA FOLLOW (ISI EMAIL) UNTUK MENDAPATKAN NOTIFIKASI TERKINI.


INGINKAN KERJAYA FULLTIME TRADER?

Apa Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Membuat Keputusan Besar Itu..

Bila kita bertanya Kenapa ramai trader memilih untuk menjadi trader, 99% akan memberi jawapan yang hampir cliché,,iaitu untuk mencari kebebasan kewangan dengan hanya bekerja dari rumah pada waktu sendiri tanpa mempunyai bos.

Tapi adakah ini benar-benar reality sebagai seorang professional trader yang boleh menggantikan alam pekerjaan 9/5 dengan kerjaya baru sebagai FTT?

Sangat kurang dibincangkan berkenaan topik ini. Penting anda mengetahui cabaran-cabaran yang bakal dihadapi sebelum anda membayangkan keindahan hidup sebagai FTT. Setidak-tidaknya artikel ini akan mempersiapkan anda menempuhi perjalanan menuju seorang Fulltime Trader!


5 Soalan Yang Anda Perlu Jawab Sebelum Menghantar Surat Berhenti Kerja.

1. Adakah Anda Seorang Risk Taker?

First thing first..adakah anda ditakdirkan untuk menjadi FTT? Berhadapan dengan darwdowns dan tidak menjana apa-apa keuntungan dari trading untuk berminggu dan bulan adalah biasa dalam dunia trading! Tidak kira sehebat manapun anda dengan teknik luarbiasa yang anda ada..period ini pasti akan berlaku lambat laun..

Trading boleh diibaratkan sama seperti dunia keushawanan. Usahawan tidak dapat mengagak berapakah jualan mereka pada bulan hadapan. Berapa keuntungan yang meraka bakal perolehi pada minggu hadapan.

Boleh kah anda sebagai seorang FTT berhadapan dengan UNCERTAINTY (ketidakpastian)? Sekiranya anda tidak yakin boleh menghadapi cabaran ini…jangan khuatir, teruskan membaca.


2. Apakah Trading Account Anda Cukup Besar?

Hanya apabila akaun trading anda cukup besar, barulah anda boleh memikirkan impian menjadi FTT. Sangat penting untuk anda mendapatkan statistic Risk And Rewards, Winning Ratios, Drawdown % dan sebagainya.

Setelah anda mendapatkan data-data diatas untuk 1 sehingga 3 tahun baru lah anda mempunyai statiskik yang kukuh untuk membuat keputusan menjadi FTT.

Seperti yang diperkatakan sebelum ini, trading ialah tentang ketidakpastian. Adalah bijak untuk mempunyai trading akaun untuk tujuan yang berbeza seperti untuk tujuan simpanan dan perbelanjaan bulanan.


3. Apakah Anda Perlu Untuk Melakukan Withdrawal Setiap Bulan?

Bagimanakan anda membuat penstrukturan antara akaun Simpanan dan Perbelanjaan? Berapa kerap dan berapakah jumlah yang anda perlu withdraw setiap bulan?

Sebagai contoh, sekiranya anda secara purata menjana USD2000 sebulan dan anda perlu withdraw USD1500 setiap bulan untuk komitmen anda, maka ini akan membantutkan usaha anda untuk memperbesarkan lagi akaun trading anda.

Sebab itu anda digalakkan untuk setidak-tidaknya mempunyai dua akaun iaitu Simpanan dan Perbelanjaan dengan jumlah equity permulaan yang munasabah.

Compunding ialah kunci kepada pembesaran size trading account. Secara teori dengan membuat compounding iaitu memperbesarkan lot size berdasarkan jumlah equity akan mempercepatkan proses pembesaran jumlah equity secara eksponential.


4. Apakah Motivasi Anda?

Kenapa anda trading dan apakah matlamat anda? Apakah anda fikir trading ialah kunci kebebasan kewangan? Menjadi kaya dan memperolehi pendapatan jutaan ringgit dengan hanya bekerja dari rumah dan menghadap computer atau smartphone sejam dua?

Reality check..

Profesional trading (hedgefund/banks/trading house) menghabiskan antara 12-16 jam sehari termasuk hujung minggu untuk membuat analisa fundamental dan teknikal. Menggunakan super computer dan access kepada data-data penting yang diperlukan sebelum membuat sebarang keputusan trading bagi meminimakan risiko.

Sementara itu anda dirumah, berseorangan dan jarang sekali berinteraksi melainkan di facebook. Membuat analisa dengan smartphone dan melakukan trading tanpa trading plan yang jelas…

What do you think? Do you have the edge? Adakan anda mempunyai kelebihan? Adakah anda superman?

Kajian menunjukkan lebih kuat daya tarikan terhadap wang, maka lebih besar kebarangkalian untuk anda kehilangan wang.

Oleh itu be clear dengan apa yang bakal hadapi sebagai FTT.


5. Sudah Berapa Lama Anda Trading?

Sekiranya anda rasa anda telah jumpa teknik trading yang sungguh hebat. Dan berapa lama anda sudah trading tidak menjadi isu…BAGUS!!!

Tapi..jom kita discuss perkara ini terlebih dahulu.

Berapa lama anda telah trade memainkan peranan yang sangat penting. Pasaran kewangan bergerak dalam kitaran/cycles. Dan kebanyakkan trader baru belum pernah bertemu dengan kitaran penuh pasaran. Mungkin anda telah berjumpa kitaran bullish, tapi pernah kah anda bertemu aggressive sell OFF? Pernahkah anda bertemu black swan dengan pergerakan 5000pips? Sekiranya anda pernah…adakah anda mampu mengatasi fenomena-fenomena sebegitu?

Untuk menjadi anda mesti telah melalui fenomena ekstrem seperti itu. Hanya sekiranya akaun trading anda survive dilanda badai…then baru lah anda benar-benar bersedia untuk menjadi FTT.


Jadi Bagaimana? Bersedia Untuk FTT?

Sekiranya belum…Ini ialah pendekatan yang mungkin lebih baik untuk anda. Ambil peluang dengan menjadi Parttime Trader. Anda masih boleh menjana pendapatan dengan hanya menjadi PTT.


1. Gunakan lebihan pendapatan dari gaji atau perniagaan yang anda ada sekarang untuk memperbesarkan equity anda. Jangan withdraw dan gunakan kaedah compounding. Lebih besar akaun trading anda maka lebih cepat anda boleh menuju FTT.


2. Potong Perbelanjaan Tidak Perlu

Tedapat du acara untuk mencapai kebebasan kewangan. Pertama jana pendapatan lebih dari perbelanjaan (cara sukar). Cara lain ialah potong perbelanjaan yang tidak perlu (lebih mudah).

Sekiranya anda benar-benar bertekad untuk menjadi FTT dan mencapai kebebasan kewangan, tiada pilihan…anda perlu bekorban sekarang untuk kesenangan masa hadapan.

Bukanlah beerti anda perlu hidup seperti sami. Tapi sekiraya anda membuat bajet dan audit ketat perbelanjaan harian/bulanan, saya pasti anda akan bertemu ruang untuk membuat penjimatan.


3. Trading Sebagai Pendapatan Kedua

Sebenarnya menjadi PTT ialah pilihan yang lebih selamat dan bijak. Sekiranya anda tidak bersedia dengan apa yang diperlukan untuk menjadi FTT dari segi emosi, kewangan dsbnya…jadi perkara ini adalah tidak perlu sebenarnya. Silap langkah, hidup anda akan lebih tertekan apabila menjadi FTT.

Tiada masalah untuk menjadi PTT asalkan anda cekap membahagikan masa dengan bijak. Trading secara part time juga kurang memberi stress. Walhal sebagai FTT anda akan sentiasa tertekan untuk mendapatkan profit kerana ketiadaan sumber pendapatan yang lain.


Kesimpulan

Tidak perlu tergesa-gesa untuk menjadi FTT. Gunakan tips diatas untuk benar-benar pastikan anda bersedia. Sebenarnya lebih selamat dan bijak menjadi PTT buat jangka pendek.

Apabila anda cukup persediaan dari segi duit simpanan dan emosi, barulah anda boleh memikirkan untuk menjadi FTT.

Saya sendiri secara peribadi mengambil masa 10 tahun sebelum menjadi Full Time Trader. Hanya apabila trading saya sudah mula konsisten menjana purata sekitar 5-10% sebulan dan jumlah simpanan telah mencukupi, barulah saya berani mengambil langkah besar menjadi FTT.

Sekian.

Shukri Mahadi (MBA)


NEW: KURSUS VIDEO MELABUR SEPERTI HEDGE FUND